Thursday, December 30, 2010

Tarikh Pembayaran Gaji 2011



Tuesday, December 28, 2010

Latihan ekuin guna kuda matang berusia antara tujuh hingga 10 tahun


KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah menengah vokasional (SMV) yang terbabit dalam pelaksanaan program perantisan ekuin mulai tahun depan, akan diberi perlindungan insurans dan disediakan kuda matang berusia antara tujuh hingga 10 tahun untuk latihan lapangan.
Pengarah Urusan Setia Brothers Sdn Bhd, Norhayati A Rahim, berkata syarikat bertanggungjawab mengendalikan latihan program itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), akan hanya menggunakan kuda terlatih dan sudah mendapat banyak pendedahan berinteraksi dengan manusia.
Beliau berkata, ini berikutan kuda berpengalaman sedemikian adalah lebih terkawal, tidak agresif dan mudah dikendalikan, berbanding kuda muda berumur antara dua hingga enam tahun yang masih bersifat seperti `kanak-kanak’ kerana amat suka bermain atau bergurau, nakal, terlalu cergas serta banyak ragam.

“Justeru, Setia Brothers sedang memantau pemilihan kuda bersesuaian sebagai persediaan melaksanakan latihan lapangan bagi program perantisan ekuin bermula Mac tahun depan.

“Ini amat penting bagi mengelakkan tercetus perasaan takut, serik atau panik kerana kebanyakan pelajar memasuki program itu tiada asas langsung dalam bidang ekuin, malah ada yang tidak pernah menyentuh kuda.

“Sekurang-kurang enam kuda disediakan untuk latihan lapangan, yang boleh diperoleh dari kelab ekuin, lelongan ladang atau orang perseorangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan Kementerian Pelajaran memperkenalkan program perantisan bidang pengurusan dan penyelenggaraan kuda atau ekuin serta teknologi pemprosesan kayu di SMV mulai tahun depan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, dipetik sebagai berkata untuk permulaan, program perantisan ekuin akan ditawarkan kepada masing-masing 20 pelajar Tingkatan Empat SMV Sungai Buloh dan SMV Kajang pada sesi persekolahan 2011.

Norhayati berkata, pelajar kedua-dua sekolah berkenaan akan menjalani latihan lapangan sebanyak tiga hari seminggu pada sesi berlainan, di bawah penyeliaan, pemantauan keselamatan dan kawalan tenaga profesional terlatih serta guru terbabit dalam pengajaran teori di SMV.

“Sepanjang tempoh mengikuti program ini di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima nanti, pelajar akan menjalani tiga peringkat penilaian kemahiran diiktiraf melalui sijil dikeluarkan University of Ballarat, Australia, selain mendapat Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),” katanya.

Beliau berkata, pelajar antara lain akan didedahkan kepada pengenalan dan asas ekuin, mengenali bahasa badan dan ragam kuda, anatomi haiwan itu, kaedah berinteraksi dengan kuda seperti mengelakkannya terkejut akibat sentuhan dari belakang, serta pengurusan dan penyelenggaraan bangsal, kuda dan juga peralatan berkaitan, di samping laluan kerjaya dalam bidang itu.
petikan dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarSMVdilindungiinsurans/Article

Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkah Bahasa Inggeris

rujukan mengenai  Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkah Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan
link : http://www.moe.gov.my/mbmmbi/index.htm

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Falsafah Pendidikan Islam
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".

Monday, December 27, 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan digunakan di semua sekolah rendah mulai tahun 2011.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada 3 modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara Tahap 11 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) an tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.


 Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983                       -               Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993                       -               Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003                       -               KBSR (semakan)

2011                       -               Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi  Sekolah Rendah digubal berasaskan     standard kandungan dan standard pembelajaran


Standard Kandungan


Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.


Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran


Standard Kandungan


Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia
                Mendengar, memahami dan memberi  respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang  didengar dengan betul

Bahasa Malaysia
                Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan  bercapah.

Bahasa Inggeris
                Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
                Able to respond to:
                a.  Book covers
                b.  Pictures in books
                c.  Characters
                     with guidance

Matematik
                Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a.  Membilang objek dalam kumpulan.
b.     Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.

Mengapa Standard?
                          Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
                          Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
                          Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment  for learning).
                          Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
                          Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .


sumber dari web bahagian pembangunan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia